Assalamualaikum..
Alhamdulillah selesai sudah percutian pertama dalam tahun 2014 ni. percutian yang berbaloi dan happening. Percutian di redang membawa seribu makna bagi aku, walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke pulau yang dikategorikan sebagai pulau tercantik di dunia.
pantai di redang
kat sini aku nak bercerita sedikit sebanyak pengalaman aku dengan hosemate sewaktu bercuti di redang.percutian bermula dengan membeli tiket air asia yang begitu murah pada oktober 2013,actualy memang tak plan nak ke sana, disebabkan tiket pergi balik 2 orang ke kuala terengganu dapat dalam RM 95 sape taknak kan, pastu mule la kitaorg survey area Kuala Terengganu cari tempat-tempat menarik kat sana, disebabkan tarikh yang kami pilih adalah 27 feb until 1 mac 2014 so kami cadang untuk pergi ke pulau redang. puas jugak mencari pakage kat pulau time tu sebab kebanyakan resort tak open lagi, sehiggalah hosemate aku jumpe pakage percutian 3 hari 2 malam di Redang holiday Villa (satu-satunye resort yang beroperasi awal) kebanyakan resort mule beroperasi 1 Mac 2014 (Rezeki kami) pakage termasuk airport tranfer,ferry,pengindapan (agak selesa), makan 4 kali sehari dan juga 3 kali snorkeling...yang penting waktu malam dapat karaoke free huhuh....Pakage dalam RM420..memang berbaloi...
(dengan AirAsia everyone can fly huhuhu....promotion sepanjang masa, rancanglah percutian anda huhu...)
(Redang Holiday Resort) Tempat kami mengindap
(Bilik bawah sebelah kiri bilik kami)
satu bilik boleh masuk empat orang kerana saiz katil yang besar dan selesa
Tempat santapan sepanjang 3 hari kat sana...makanan yang disajikan dikira ok la..yang penting last night ade BBQ....yum2
Lepas makan malam disinilah tempat berehat dan melakukan aktiviti karaoke...keadaan malam memang mempersonakan dengan deruan ombak dan angin.. lupe seketika suasana hiruk pikuk di kota dan task di ofice yang bertimbun-timbun..hilang stress derrrr....
Ni adalah itinerary sewaktu di pulau, pekerja resort semuanya friendly, bak kata org, layanan mereka very perfect...
Banyak lagi pengalaman yang aku nak cerita ni, tunggu sambungannya.......











