Labels

Isnin, 28 November 2016

Backpack to Perth Australia day 2

DAY2 (Isnin)


Seawal 4.30am kami bagun bersiap dan menyediakan menu untuk sarapan seperti gambar di atas kerana perjalanan hari ini mengambil masa yang lama dan jarak yang jauh ke utara perth..Perjalanan ke The Pinnacles Desert mengambil masa 3 Jam 15 minit melalui lebuh raya yang penting tak ada Tol lansung..thanks to pakcik google dengan acik Waze yang melancarkan perjalan kami..tepat jam 7 pagi kami bertolak dari apartment, perjalanan agak lancar kerana kurang kenderaan nak ke utara perth.


Peta dari sumber google menunjukkan jarak perjalanan yang perlu kami lalui untuk ke The Pinnacles Desert.



Disepanjang perjalanan terdapat tempat-tempat yang menarik di kiri dan kanan jalan seperti ladang kambingbiri-biri dan kebun-kebun buah. kami sempat singgah di tepi jalan untuk mengambil gambar seperti di atas..jalan untuk ke utara ni sedikit sunyi kerana kurang kenderaan yang lalu jadi kami mengambil kesempatan untuk mengambil gambar di tengah jalan..aku rasa tak pernah lagi pelancong ambil gambar di tengah jalan seperti kami..haha

Pinnacle Desert @ Nambung National Park


lebih kurang 10.30 pagi kami sampai di The Pinnacle desert tiket masuk untuk satu kereta dalam 11 AUD. Cuaca pagi tu sangat cerah dan sedikit dingin..kalau korang masuk sini korang boleh bawa kereta masuk terus ke pinnacle atau park di tempat latak kereta di sebelah pintu masuk.



Kami menghabiskan masa selama dua jam untuk menerokai padang pasir kat perth ni.. banyak juga batu batu yang cantik-cantik.. untuk pengetahuan korang di National Park ini juga terdapat muzium dan untuk korang tengok asal usul batu dan macam-macam lagi, terdapat juga kedai souvenir untuk korang beli cenderahati kenang-kenangan. kami tak beli pepe pon dekat sini kerana harga dia mahal sikit..just window shopping jer.. tepat jam satu tengah hari kami keluar dari Pinnacle Desert untuk menuju ke destinasi seterusnya.



Dalam perjalanan ke Lancelin sand dunes kami singgah di RnR untuk lunch menu adalah nasi goreng dan sancwich lebihan daripada breakfst...RnR yang kami singgah ini takde lah seperti di malaysia ade kfc n food court.. RnR ni adalah persinggahan untuk mereka yang menggunakan Car Van.

Di RnR ini terdapat view pemandangan yang cantik di atas bukit jadi korang boleh ikot lorong jalan yang disediakan uantuk melihat view yang cantik dengan pemandangan lautan  indian ocean yang terbentang luas...


Wind Turbine

Lokasi wind Turbin ini diantara lancelin Sand Dunes dan Pinnacles Desert....







Lancelin Sand Dunes


Dari Pinnacles kami meneruskan perjalanan ke Lencelin Sand Dunes, apa yang menarik dekat sini? so korang boleh tengok gambar.. di sini korang boleh main sand boarding dan sand Surfing. dari jauh korang akan lihat betapa tingginya gunung pasir dah macam kat padang pasir jadi yang menariknya pasir kat sini sangatlah putih dan sejuk..memang seronok la main pasir...

Sebelum sampai ke Lancelin ade satu kedai namanya Haven A Chat General Store, kedai dia macam 7-11 gak la.. dekat sini korang boleh sewa Sand Boarding dengan harga 10Aud untuk 2 jam dan diposit akan dikenakan sebanyak 50AUD. kalau korang pergi ramai-ramai sewa satu pon cukup dan boleh shared..
Kalau korang dah naik ke puncak gunung pasir ni korang akan nampak keindahan semulajadi yang sangat menarik dengan pemandangan pasir putih yang terbentang luas dan dari jauh korang akan nampak lautan hindi (indian ocean)..













Elizabeth Quay (ninght)








Diner