Labels

Selasa, 8 April 2014

Hari ke dua redang

Assalamualaikum   

Hari ke dua di Redang holiday...Seawal 6.30a.m kami bagun dan bersiap sedia untuk menikmati pemandangan Matahari terbit. Dredang Holiday terdapat site pemandangan yang cantik di atas bukit untuk melihat Matahari terbit sesiape yang datang ke redang jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati permandangan indah ciptaan ALLAH diselangi Suasana pagi di Pulau  sungguh menyamankan dengan deruan ombak yang membelah pantai  dengan  tiupan angin Laut cina selatan yang menyegarkan. kami dapat melihat mata hari terbit dalam 6.45a.m, untuk pengatahuan semua matahari terbit terlalu cepat. so cepat2 la mengambil gambar kenangan ye...huhuh


















Setelah selesai menikmati suasana pagi macam biase la kami breakfst bersama guess2 yang lain, setelah selesai breakfst kami ke kaunter resort untuk mengambil camera yang kami sewa untuk digunakan bagi snorkeling. Jan 9a.m kami dibawa menaiki kenderaan traktor panjang menuju ke jeti untuk pergi ke lokasi kedua snorkeling di taman laut. perjalanan mengambil masa dalam 10 minit ke sana. seperti biase perasaan teruja nak snorkeling membuak-buak apa tidaknya dikatakan taman laut yang kami pergi ni dikatakan mempunyai terumbu karang yang cantik2 dengan ratusan spisis ikan laut yang cantik. Ikan-ikan di taman laut memang jinak, kalau pergi ke sana jangan lupe bawak roti kalau nak dikerumuni oleh ikan..sebenarnya tak bole bagi ikan makan disana kerana takot ikan mati sebab roti yang kita makan mengandungi minyak, tapi apakan daya kalau tak bagi roti tak datang la ikan tu kat kita huhu.. banyak jugak gambar-gambar yang sy ambil untuk kenangan di sana.  


GROUP SNORKELING




































Hampir 2 jam kami kat sana, kami bertolak ke resort untuk makan tengah hari. Untuk aktiviti snorkeling di sebelah  petang dengan perancangan seorang kakak ni  kami semua bersetuju menukar aktiviti dan kami memilih untuk pergi bersiar-siar di perkampungan Pulau Redang. 

Aktiviti minum petang dan jalan - jalan di perkampungan Redang 































Lebih dua jam kami menghabiskan masa round Perkampuangan di Pulau Redang sungguh indah dan best.
setelah balik ke resort aku mengambil peluang berjalan-jalan di sekitar pantai dan mandi manda buat kali ter akhir sebelum bertolak pulang keesokan harinya.






Aktiviti di hari ke dua memang menyeronakkan dan menimba satu pengalaman yang indah dengan perkenalan yang lebih erat diantara rakan-rakan yang baru dikenali dari dalam dan luar negara, sesungguhnya mereka semua sungguh baik hati dan happy go lucky...