Labels

Jumaat, 14 Mac 2014

Hari Pertama Pulau Redang


Hari ini aku akan ceritakan hari pertama kami ke Pulau Redang. Perasaan teruja terlalu exited ni memanglah tak dapat digambarkan.

Untuk ke Pulau Redang ini, banyak cara. Anda boleh pilih jalan udara atau darat. Kalau udara, perkhidmatan Airasia atau MAS. Malindo mungkin ada, aku tsi
So kami memilih Airasia yang agak selesa, tak perlu nak mahal-mahal sangat sebab nak naik dalam 50 minit saja untuk ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.


Untuk ke LCCT, kami naik ERL. Park la kereta dekat mana-mana stesen yang berdekatan. Kami park kereta di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)Bandar Tasik Selatan sebab disini harga nya murah. Hanya RM3 sekali masuk dan kemudahan parking berbumbung yang lebih terjamin keselamtannya.

TBS ini merupakan onestop centre untuk Public Transpot. So sgt memudahkan

Untuk pengetahuan, disini ada perkhidmatan LRT kalu dahulunya dikenali STAR. KTM juga da disini selain ERL yang datang dari KL sentral menuju ke KLIA. Bas-bas disini adalah bas yang menuju ke Selatan Tanah Air sahaja. Selain kemudahan Teksi yang banyak bas antara bandar juga terdapat disini yang melalui bandar-bandar sekitar sini. Untuk lebih lanjut boleh cek di laman web rapidKL.



Disinilah kami park kereta untuk 3 hari dua malam. Hanya RM9 sahaja. Murah kan!

Kami menaiki ERL untuk ke LCCT, kami perlu untuk membeli tiket dikaunter. Tiket ini termasuk tiket bas dari Salak Tinggi ke LCCT. So kalau nak ke LCCt anda kena turun di stesen Salak Tinggi dan kemudiannya naik bas ke sana.


ERL paling awal bergerak dari KL Sentral ialah pulul 433 pagi. Tapi kami naik di TBS ERL pukul 440 pagi dan sampai di Stesen Salak Tinggi pukul 5 pagi. Kami sampai dikaunter pada jam 4.36 pagi, dan hanya tinggal 4 minit sahaja, mujur tak terlepas. Tambang pula RM 10.80 seorang termasuk tiket bas ke LCCT.


Setibanya di Salak Tinggi, Bas sudah pun menanti, 530 pagi bas pun bergerak ke LCCT dan sampai dalam pkul 550 pagi di LLCT. Lepak diLCCT ni sebelum boleh boarding pkul 620. Nak makan pun pagi-pagi buta belum ada selera, tambah makan kat LCCT ni gak mahal.

So untuk memudahkan urusan menaiki kapal terbang, anda digalakkan untuk checkin di laman web Airasia awal-awal so tak perlu nak beratur panjang. Sampai sahaja disana anda boleh tunjukkan boarding pas anda. Senang kan!


So tepat jam 7.00 pagi kapal terbang ni pun bergerak. Bismillah... moga semua selamat. Dalam flight tu ambil perhatian bila pramugari bagi taklimat keselamatan. Bukan apa, kita selalu ambil mudah. Kalau jadi apa-apa (Nauzubillah) kita dah bersedia. Satu lagi jangan sila off segala gadget sebab dikhuatiri akan mengganggu sistem pesawat. Benda ni pun orang selalu ambil mudah padahal ia sangat penting.So tak sempat nak terlelap dah sampai di Lapangan terbang Sultan Mahmud K. Terengganu.


Lapangan terbang yang agak cantik. Walaupun banyak nyamuk. Haha.. setibanya kami disini, kami terus menelefon pemandu van dari resort. Ni la kelebihan ambil pakej senangkan urusan. Beberapa minit kemudian, Van pun sampai. Mujur bukan kami sahaja yang nak menuju ke Redang, ada satu pasangan Algeria, satu pasangan Germany dan isterinya warga Hong Kong, dan dua orang warga China. Lega juga sebab kami ingatkan tak ada orang lagi yang masuk pulau.


Kami kemudian dibawa ke jeti Shah Bandar lebih kurang dalam satu jam kami pun sampai. Agak jauh. Setibanya disana, aku agak terkejut bila tengok jetinya bagai baru dilanda badai tsunami. Mentang-mentanglah baru habis monsun.


Rupanya-rupanya ini bukan Jeti Shah Bandar. Patutlah rasa lain, sebab aku tegok dekat internet Jeti Shah Bandar dalam bandar KT. Tapi ini jeti sangat usang dan jauh ke pedalaman. Rupa-rupanya ini adalah Jeti Merang. Merang yer bukan Marang. Marang tu kalau nak ke Pulau Kapas.

So inilah pemandangan yang sangat menarik di Jeti Merang walaupun usang. Para penggemar photo pastinya gemar akan suasana begini.



Disebabkan Pulau hanya buka pada 1 Mac, so ferry ke Pulau redang hanya akan kesana sekali sehari shaja iaitu pukul 2 petang. So kami terpaksa menaiki speed boat dari jeti ini yang akan memakan masa yang lebih pendek kira-kira 40 minit sahaja, bergantung kepada keadaan ombak. Tapi bagi mereka yang ada masalah trauma atau takut ombak laut, menaiki speed boat ini adalah sesuatu yang sangat mencabar!!. Tapi pasti memberi pengalaman yang sangat menyeronokkan. Pasti! Pastikan anda duduk dibahagian belakang. Kalau duduk didepan siap sedialah dilambung setinggi2nya. Dan memang akan sakit2 badan dan kematu bo***t aku. Haha...

Bersiap sedia untuk menongkah ombak!!

So setelah sampai di Pualau Redang, kami tiba di satu jeti kecil Laguna Resort. Niat hati memang nak stay di Laguna Resort tapi apakan daya tak bukak lagi.  So disana pihak Redang Holiday sudah pun menunggu untuk membawa kami ke Resort. Kami dibawa dengan sejenis kenderaan yang aku tak tahu nak namakan apa jenis nya.

Inilah perjalanan ke Resort melalui jalan hutan/bukit..tidak melalui jalan pantai.

Setibanya di Resort berkenaan kami pun check in dan merehatkan diri. Walaupun receptionnya tak macam check in hotel atau resort yang ada bintang, tapi layanannya  5 bintang. Briefingnya ringkas tapi penuh dengan senyuman dan tak henti2 dengan ucapan “thank you” and welcome!!.
Walaupun sikit penat td mengharungi lautan yang sangat menakutkan, tapi aku tak boleh nak menahan excited untuk tengok laut dan pantai Pulau Redang yang sangat cantik.


Inilah suasana pantai diwaktu tengahari bila kami sampai. 27-02-2014! Sangat cantik dan memukau mata!

Selepas selesai makan tengahari, kami pun siap2 untuk aktiviti snorkling petang tu.  Untuk aktiviti snorkling ni, kena sewa untuk life jacket dan snorkling equipment RM30 seorang untuk tempoh selama tempoh berada di resort tu.



Ni le tempat kita nak sewa peralatan snorkling, kita kene berurusan ngn abg su,yang sungguh sporting dan baik hati walaupun dia tidak boleh bertutur secara normal.

So pukul 2 kami pun bergerak ke jeti Laguna dan menaiki speed boat yang digunakan masa dtg td. So kalini dah tak takut sangat sebab dah ada experience tadi. Kami dibawa ke sekitar pulau tu tak berapa jauh dari situ. Hari pertama snorkling ni kami tak sewa underwater camera lagi sbb menurut kata Manager Resort lebih baik sewa untuk hari kedua sebab sewa untuk sehari RM50 so rugi la kalau sewa untu petang saja.
So disebabkan kamera DSLR aku tak boleh kena air so ini sahjalah gambar untuk snorkling hari pertama.


Kejernihan air...

Selepas snorkling, kami dihidangkan dengan minum petang. Menghirup teh atau kopi selepas berendam ditambah pula duduk santai dibawa tiupan angin bayu laut pasti sangat mendamaikan. kelebihan yang ada pada resort ini ialah terdapat ruang seakan restoren yang terletak dianjungan pulau diatas air yang membolehkan anda duduk dengan penuh asyik melayan perasaan dibawa desit angin laut. Huh!! 

Apatah lagi diwaktu malam. Angin dan ombak kuat. Jika bersantai disitu, boleh melelapkan mata tanpa sedar! Betul!




Gambaran suasana di malam hari,kalau siape rase suara merdu tu boleh la karaoke.....

Sekian tunggu cerita untuk hari ke dua ye.....