Labels

Rabu, 6 Januari 2016

Percutian bajet ke krabi island 23 disember 2015 - 27 disember 2015 HARI KE 3

HARI KE 3

Assalamualaikum..hari ni aku nak sambung lagi citer utuk day 3...seawal pagi bagun macam biase aku  mempersiapkan diri dan keluar untuk mencari juadah di pagi hari...huhu tempat aku takde la cari jauh pergi kedai yang sebelom ni..makanan pon ambil sama jer..sebab tak banyak pilihan dan lagi satu tak kene dengan selera.. tapi yang bestnye thai  ni kalau makan nasi dia sedap sebab beras dia macam pulut dan wangi..

Setelah selesai menjamu selera kami pulang ke hotel  nak kemas-kemas barang tuk checkout awal, sebab pakage kayaking ni sampai jam 2pm waktu thai so takut nanti tak sempat..selesai berkemas kami turun ke loby hotel untuk checkout,tp jangan risau di hotel tu sediakan tempat untuk kita simpan barang-barang tetapi jangan la tinggalkan barang-barang beharga takot lesap sape nak bertanggungjawab....pihak hotel tak akan tanggung kalau barang hilang...huhu 

selang beberapa minit agent sampai dengan tuk-tuk nye untuk membawa kami ke lokasi berkayak, aku tak sure la nama tempat dia sebab lupa..tp sebelum tu dia akan bawak jalan-jalan pergi pick up pelancung lain. Perjalan ke lokasi berkayak mengambil masa 30 minit.. sampai jer di lokasi kami diberikan taklimat ringkas oleh guide yang akan bawak kita pusing pulau dan kawasan paya bakau dan menyerahkan peralatan seperti safety jacket dan air minuman..aku agak nervous sebab first time la katakan...


















Ni diantara gambar-gambar semasa berkayak... lengoh tangan nampak macam senang jer tapi susah jugak nak kawal kayak ni kalau takde guide yang ajar jenuh..sebab cara nak belok nak kayuh semua ade ade step.. masa yang diambil adalah selama 1 jam dengan mengelilingi pulau-pulau batu kapur yang cantik dan kawasan paya bakau juga haiwan2 seperti monyet  di lokasi kayaking ini...sampai jer kami di jeti kayaking kami disediakan juadah ringan seperti buah-buahan..

jam 1.30pm kami bergerak dari lokasi kayaking ke hotel..tp sampai jer hotel terus cari restauran tuk lunch sebab perut pun dah bergendang....selesai jer makan kami pulang ke hotel untuk mengambil barang-barang dan meneruskan perjalanan ke next location... untuk day 3 ni kami bercadang untuk mengindap di krabi town...perjalanan daripada Aonang ke krabi town mengambil masa 30 minit menaiki tuk-tuk dengan harga 100bath seorang..yang paling sakit hati kami dah cakap nak turun dekat kawasan night market tetapi driver tuk-tuk tu terlupa then diorng turunkan kami jauh dari bandar krabi..dah la charge mahal then turun kan kami dekat kawasan jauh..kene la naik motosikal ke hotel dan charge seorang 40 bath..(lari budget #bengang gile) kami mengindap di a mension hotel   1 malam RM40 tp puas hati bilik dia bersih siap tv cume takde aircond... selesai jer check in kami merehatkan diri..tapi tak lama la sebab kami nk pg jalan2 lagi.. kali ni kami menyewa motosikal untuk berjalan-jalan kos sewaan 150bath sehari ..yang penting kene isi minyak dulu sebab tangki kosong... kami isi di shell 40bath dapat la half tank..misi pertama terus ke bus station krabi untuk membeli tiket balik..selesai jer kami terus ke tugu ketam iaitu mercu utama Krabi..dah ade motosikal ni senang sikitt nak bergerak habis satu bandar kami keliling..pada waktu malanya pula kami ke night market  kat sini ade banyak jual makanan halal dengan kedai cenderahati yang penting murah daripada Aonang barangan dia...sempat jugak la beli t shirt untuk kenang-kenangan dan makan malam pula kami makan dia tepi muara sungai krabi..aku rase itu jer kot yang nak cerita selebihnye tengok gambar la ye...huhu






kos untuk hari ke 3

breakfst:70bath
kayaking : 400 x 2 = 800bath
lunch di aonang = 200 bath (untuk 2 org)
Tuk-tuk ke krabi town = 200bath (untuk 2 org) kalau ikotkan 100bath jer untuk 2 org
motosikal ke hotel = 80bath( sebab tuk-tuk turunkan jauh dari tempat yg nk pg)
sewa motosikal = 150bath
minyak motosikal= 40bath
makan malam =260bath (last day makan lebih)
tshirt=200bath (2 helai) (sehelai kalau lebih dari 100 bath jgn beli)
freezer magnet=20bath
total = 2020 bath (bahagi 2 total seorang 1010 bath seorang)