HARI KE 2
Bangun seawal pagi untuk menghirup udara segar di Aonang Krabi dan nak mandi awal sebab bilik air share dengan guest lain. Selesai saja bersiap kami keluar mencari breakfast tapi malangnya semua kedai makan masih belum beroperasi cuma ade sebuah kedai cenderamata ade menjual makanan untuk take away.. kami hanya beli sebiji burger dan set nasi taktau la ape namanye.. total untuk 2 menu dalam 70bath. then kami balik semula ke bilik untuk bersarapan..selesai sarapan dalam jam 8.30 waktu thai kami turun ke loby hotel untuk menunggu travel agent pickup kami..selang beberapa minit Tuk Tuk tiba..bermula la penjelajahan kami ke Phi Phi Island..agent membawa kami ke persisir pantai Aonang untuk membuat pendaftaran, kami cukup bertuah kerana dapat tour guide yang happy go lucky iaitu Mr Joe yang menggelarkan dirinya King Of The Sea dengan trade mark Hwa wa wey.....#mr joe masuk air..hahah
best giler naik tuk tuk ni,,,,,
Pendaftaran sebelum memulakan penjelajahan pulau...yang pakai baju oren tu Mr joe King Of The Sea
Speed Boat yang begitu padat..hahah
ni diantara itenary untuk trip ke Phi Phi Island
- Speedboat ride from Aonang Krabi to Koh Phi Phi Islands
- Visit Viking Cave and see ancient wall paintings and thousands of swallows living on top of the high ledges
- Swim and snorkel among colorful fish and coral at Lohsamah Bay
- Stop at Maya Bay to see the stunning location of the Hollywood movie "The Beach"
- Feed wild monkeys in the hidden cove of Ao Ling or Monkey Bay
- Enjoy a lunch (halal) on Phi Phi Don Island (Kampung Mr. Joe King Of the sea)
- Sail over to Hin Klang for open-sea snorkeling
- Swim off the spectacular beaches of Bamboo Island
- Hotel transfers
- Soft drinks and fruits
- Lunch
- Snorkeling equipment
- Life jacket
- English/Malay/thai-speaking guide
What's Not Included
- National Park entrance fee of 400 THB per adult / 200 THB per child (Mahal gile)
kat bawah ni antara gambar-gambar yang aku ambil semasa island hopping...
beaches of Bamboo Island
beaches of Bamboo Island
beaches of Bamboo Island
beaches of Bamboo Island
temapat ni cantik gile tp sanyangnya tak dapat masuk sebab ombak tinggi
ramai gile orang dekat Maya Bay ni ye la tempat pengambaran Actor Hollywood Leonardo de Caprio. tempat ni memang cantik
Rasanye bayak lagi gambar yang aku tak capture.. di antaranya gambar waktu lunch di Phi PhI Don Island yang diduduki oleh mejoriti muslim Thai...lepas Lunch kami teruskan perjalanan untuk snorkeling di Lohsamah Bay ikan memang bayak datang kat aku sebab aku bawak roti...yang tak bestnye coral dekat krabi ni semua mati n tak secantik coral dekat redang dan perhentian..setelah penat kami terus balik ke Aonang dan total perjalanan sehingga 7 jam..puas hati jugak la..
Aktiviti malam, macam biasa cari diner, lokasi berhampiran dengan Masjid di Aonang Krabi..kat situ macam biase ramai penjaja muslim berniaga dan harga boleh dikatakan murah la..selepas diner kami teruskan perjalanan mencari Travel Agent #murah untuk aktiviti di hari ke 3.. iaitu kayaking kami dapat pakage murah 400bath seorang untuk setengah hari pye program...aktiviti terakhir untuk hari ke dua adalah massage....huhu ye la dah penat seharian menjelajah pulau...kene la massage murah 250bath seorang full body massage...best gile cara urutan eh...awsome...lepas massage kami balik bilik untuk tido...
Total kos untuk hari ke 2
breakfast (2 orang) : 70 bath
island hopping (phi phi) : 1300bath x 2 : 2600 bath (termasuk buffet lunch + National Park entrance fee)
makan malam :200 bath
tuk tuk : 60 bath
massage:500bath (2 orang)
total: 3430 (2 orang punye kos murah tak kalau sorang dalam 1715 bath jer)
so pandai-pandai la bujet...huhu
tungu untuk aktiviti hari ke 3


















