Labels

Selasa, 6 September 2016

Backpack ke Perth dengan hanya RM1100 seorang termasuk flight

Perth merupakan Ibu Negeri bagi Western Australia. Perjalanan ke Perth mengambil masa lebih kurang 5 jam 20 minit dari KLIA. Perth lebih dekat berbanding negeri-negeri lain di Australia seperti Sydney, Melbourne, Gold Coast dan lain-lain. 

Kami berlima kali ini untuk 5 hari 4 malam, 15/5/2016 hingga 19/5/2016. Masa ni adalah penghujung musim luruh dan nak masuk musim sejuk. Suhu diwaktu siang dalam 11 C dan malam sejuk sehingga 2 darjah calcius. 

Persediaan


Ini adalah perkara yang aku settlekan sebelum pergi.

1. Flight Ticket
2. Accommodation
3. Visa
4. Car Rental
5. Makanan
6. Itinerary

1. Flight tiket.

Seperti biasa tak perlu diceritakan lagi. Waktu Airasia buat promo, siap sedia dengan beberapa tarikh yang sesuai. Then carilah yang hari yang sesuai. Yang Penting Murah. Aku dapat RM447 pergi balik (KUL-PERTH). Orang lain aku belikan tp mahal sikit RM547. Tp still dalam kategori murah. Masa hari pertama promo ada yang lagi murah tapi disebabkan kami lambat so itu je yang dapat.

Flight Fare: 5 person : RM2,398 (RM447, RM412, RM445, RM547, RM547)
Luggage   : 5 person (kongsi) RM204 ÷ 5 : RM40.80 (seorang)


2. Accommodation

Setelah banyak kali survey dibuat, perbandingan untuk beberapa route, so aku pilih untuk stay bermalam di Perth City sahaja untuk 5 hari empat malam tanpa berpindah randah disebabkan kami ada kereta. So, ada dua Apartment yang boleh masak-masak and within our budget. Mountway Holiday Apartment dan City Stay Perth Apartment. Bila dibuat perbandingan, kami pilih Mountway Holiday Apartment yang lebih murah dan dekat dengan King’s Park. Lebih kurang AUSD140 semalam.

Mountway Holiday Apartment : 5D4N : RM1,690 ÷ 5 : RM338 (seorang)

3. Visa

Apply masa dah dekat nak pergi. Aku just email kepada eta.australia@yahoo.com. Bayar RM20 seorang. Aku bagi details passport/ic, alamat, no. Telefon, flight details dan email. Dalam masa sehari ke dua hari, dia dah reply bereta ETA tu. Then boleh buat bayaran. So aku dah pun selamat pergi, maknanya permohonan visa melalui Intan/Yusza ni memang boleh dipercayai.

ETA : RM20 x 5 : RM100

4. Car Rental
Ini bab yang paling lama aku survey. Nak murah punya pasal. Last2 aku dapat Europcar. Aku dapat melalui laman web Vroom Vroom. Aku pilih ejen ni sebab boleh pik up di airport dan drop di airport balik. So harga setelah dicampur dengan Insurans RM998. Deposit AUSD100 dan bayaran dan refundable melalui Card Credit sahaja.

Car Rental: RM998 ÷ 5 : RM199.60



tengah berurusan dengan kaunter Europcar

5. Makanan

Disebabkan nak jimat, so kena bawa makanan dari Malaysia. So makanan adalah part yang paling susah sbb Australia ni sangat strict bab makanan yang masuk dalam negara diorang. So aku bawa makanan2 yang org Malaysia selalu bawa. Beras, sardine, magi, spaghetti, perencah nasi goring, tuna tin. Semua makanan ni kena declare. Maksudnya just tick YES jenis atau kumpulan makanan yang dibawa dalam Arrival Card yang diberi masa dalam flight. Masa di immigration, akan ada officer diorang yang check. Disebabkan aku tak bawa any food containing ayam dan daging, so aku just beratur disebelah kanan dan anjing je datang hidu. Tak perlu cuak. Kalau ada makanan yang mengandungi ayam, daging then kena beratur belah kiri dia akan scan dan bukak beg kalau perlu. Memang ketat tapi Inshaallah ok kalau dah declare.  

Kos Makanan RM100 ÷ 5 : RM20 (seorang).


 6. Itinerary

Ini bab yang piling penat. Sebaiknya buat plan A, B, C, D. Apa yang kita rancang tak semestinya menjadi. Hanya Allah sebaik-baik perancang. So pada mulanya kami consider untuk pergi ke Albany. Setelah berbincang dan membuat research dan dikira-kira dengan bajet yang nak jimat. Tak jadi ke Albany. Masa 5H4M adalah singkat. Mungkin next trip boleh pergi ke Albany. Perth atau Western Austrlia ni memang sangat besar sebulan belum tentu habis kalau nak pusing semua tempat.

So ini lah itinerary yang ringkas;

DAY 1

Canning vale market
Caversham Wildlife Park
Kings Park
Perth City

DAY 2
Pinnacle Desert, Nambung National Park
Lancelin Sand Dunes
Wind Turbin
Elizabeth Quay - Bell Tower, Perth City

DAY 3
Cape Leeuwin Lighthouse, Augusta
Historic Water Wheel
Canal Rocks, Yallingyup
Busselton Jetty
Perth City

DAY 4
Swan River - Ferry
Old Mill
Frementle -Fish & Chips
shopping at Watertown Brand Outlet
Shopping at Megabes
Solat and visit Masjid Taqwa Mirrabooka
Shopping at Belmont Forum

DAY 5
Continue Shopping at Watertown Brand Outlet
and Belmont Forum
Lepak di Kebab, Belmont
Drop Car Rental and Depart to KL

Total Kos untuk sebelum berangkat seperti berikut;
      Akak          Fitri        Amat         Zul      Syafik    TOTAL
Flight 547.00 447.00 455.00 547.00 412.00 2,408.00
40.80 40.80 40.80 40.80 40.80 204.00
Hotel 338.00 338.00 338.00 338.00 338.00 1,690.00
Kereta 199.60 199.60 199.60 199.60 199.60 998.00
Visa 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 100.00
Makan 20.00 20.00 20.00 20.00 20.00 100.00
1,165.40 1,065.40 1,073.40 1,165.40 1,030.40 5,500.00


Kos seorang RM1,100
Jumlah 5 org RM5,500
DAY 1 (Ahad)

Depart from KLIA2 via AirAsia X pukul 0005 malam dan sampai di Perth International Airport pukul 530. Selepas melalui Immigration yang ketat hampir pkul 7 pagi baru selesai. Kemudian terus pergi Solat subuh di Quiet Room dekat arrival hall, belakang kaunter kereta sewa. Surau yang luas dan siap ada tempat wuduk. Cuma campur la laki dan perempuan. 

Then, ada sikit masalah kad kerdit masa nak dapatkan kereta sebab off limit card credit. so lepas settle, kami decide untuk tukar itinerary. Cadangnya nak terus shoot ke Carvantes, Pinnacle Desert tapi sebab dah makan masa kat Immigration dan Car Rental, so we decide to having breakfast first and go to caversham. lagi pun Jet-leg so tak digalkkan untuk drive jauh ke Cervantes tu.  

Canningvale Market


Tempat pertama yang kami singgah setibanya di perth..tujuan utama adalah untuk mencari sayur-sayur segar dan breakfst.. harga nasi lemak biase 5AUD beli dengan peniaga orang malaysia. Kebanyakan barangan di sini dijual dengan kadar yang berpatutan dan murah dari tempat lain. Pasar ini beroperasi hanya pada hari ahad. untuk pengetahuan semua untuk masuk ke pasar ni dikenakan bayaran sebanyak  1AUD tak bayar tak bole masuk...




gerai akak yang menjual roti canai dan mee goreng. akak ni asal dari Kedah




suasana di sekitar pasar pagi




Caversham Wildlife Park


Caversham Wildlife Park Adalah sebuah taman hidupan liar yang popular di perth yang menempatkan haiwan seperti kangroo, kola dan haiwan2 yang lain. Perjalanan daripada Canningvale Market ke Caversham wildlife Park mengambil masa 30 minit sejauh 37km. harga tiket untuk dewasa adalah 27AUD dan kanak-kanak 12AUD..



Macam biasa bile first time jumpe kangroo dan pegang haiwan ini amatlah mengujakan yela selalu tengok dalam gambar je dan sekarang boleh pegang dan bergambar #syoknyeee.. kangroo disini amatlah jinak boleh jer pegang2 bagi makan..tapi rasenye kangroo kat sini akan mati kekenyangan yela setiap pelancung yang datang akan suapkan makanan kat dia...patutla dia nampak tak aktif mungkin kenyang..huhuhu. Sebenarnya waktu kami sampai di sini dah jam 12pm jadi kebanyakkan haiwan akan disimpan di dalam sangkar untuk direhatkan jadi kami tak berpeluang untuk melihat cola, wombat dan yang lain-lain..

Proses mencukur bulu kambing biri-biri

bulu kambing yang telah siap dicukur. seekor kambing bole menghasilkan anggaran 5kg ke 10kg bulu dan harga mencecah ribuan AUD.

kanak-kanak menyusukan anak kambing biri-biri

Kalau korang dah masuk korang jangan lupa untuk menyaksikan farm show, Rugi kalau tak tengok sebab kat sini di akan ajar cara-cara memotong bulu kambing biri-biri, perah susu lembu dan bagi minum anak kambing dan macam-macam lagi yang penting tak rugi korang bayar 27AUD.



Mountway Holiday Apartment

Setelah penat main kejar-kejar dan bergambar dengan kangroo dan haiwan-haiwan di Caversham Wildlife Park kami neneruskan perjalanana ke Mountway Holiday Apartment untuk urusan check in..jarak perjalan daripada wildlife park ke apartment dalam 30.4km mengikut waze atau google maps..kalau tak gune aplikasi ni memang tak jumpe la lokasi apartment ni.. untuk pengetahuan korang lokasi apartment ini berhampiran dengan Kings Park, jadi korang boleh jalan kaki jer kalau nak ke sana..kalau drive kereta dalam 4 minit perjalanan. Selesai urusan check in kami masuk ke apartment untuk solat dan juga masak untuk lunch??? tp tak berape nak lunch la sebab dah jam 4pm kire minum petang..hihi menu kami sangat simple nasi putih ngan sambal sardin (bekalan dibawa daripada malaysia) cuma bawang dan cili kami beli di pasar pagi Canningvale Market.. Selesai makan kami merehatkan diri sambil-sambil plan aktiviti waktu malam..


Mountway Holiday Apartment


Pemandangan dari luar Apartment..kereta gets putih tu yang kami sewa..nampak kecik tapi selesa di dalam boleh memuatkan 5 orang dewasa.. kondisi memang tip top..

antara peralatan dapur yang ada di dalam apartment ni..yang penting jangan lupa bawak sabun taharah untuk membuat samakan...hihi

keadaan dapur yang sangat bersih 

 rice cooker ni kene mintak dengan pekerja apartment sewaktu check in..




yang penting bilik ni bersih...






Kings Park (night)


Setelah selesai solat  kami bersiap untuk meneroka bandar perth di waktu malam kire survey lokasi untuk membiasekan diri nanti...Lokasi pertama yang kami singgah adalah King Park yang sangat berhampiran dengan tempat kediaman kami..suhu pada malam ni anggaran 16 C.. #macamdudukdalamaircond  sejuk wey.. dalam satu jam jugak kami bergambar di sana, kononye taknak la pusing habis sebab nak repit waktu siang tp apakandaya masa mencemburui kami..emmmm..

selesai di King Park kami meneruskan perjalanan menerokai bandar perth..aku beranggapan bandar perth ni mesti macam KL or Penang yang hiruk pikuk dengan orang ramai dan jalan yang sesak tetapi tanggapan itu meleset kerana suasana di bandar sangat sunyi dan kedai or mall tutup awal (kebanyakan waktu operasi perniagaan di perth 10am until 6pm) jadi hanya hiasan lampu-lampu dan hanya beberapa orang mungkin pelancung yang ada. pemandangan di sekitar bandar memanglah cantik dengan susunan bagunan teratur dan pencahayaan lampu-lampu daripada bagunan..perjalanan diteruskan ke lokasi paling cantik iaitu elizabeth Quay pemandangan di situ amatlah cantik tapi kami tak singgah pun cume pusing-pusing sambil menikmati pemandangan.



Bile dah penat pusing-pusing bandar mule la perut lapar, nak balik apartment untuk masak dah malas dan penat so kami decided tuk cari supper..menerusi carian dan bacaan blog2 sebelum ke perth kami dah senaraikan beberapa Restauran halal dan sesuai untuk menjamu selera. Makan-makan Cafe ni dibuka setiap hari bermula jam 10am hingga 10pm jadi satu-satunya restoran yang beroperasi sehingga lewat malam. kalau nak ikotkan harga memang la mahal tapi anggap 9AUD macam RM 9 hahah...kami order menu simple2 je sebab nak alas perut..simple-simple pun menu dia nasi jugak hahha, yela org malaysia ni kalau pergi mana-mana pon akan cari nasi..Selesai menjamu kami pulang ke Apartment untuk istirehat kerana akativiti di hari ke dua agak mencabar dan memerlukan kami rehat yang cukup..

TUNGGU Backpack to Perth Australia day 2






0 comments:

Catat Ulasan